Sunday 11 September 2011

Adakah dia digelarkan sebagai sahabat

Apakah sebenarnya yang kita faham daripada perkataan yang tersusun daripada huruf-huruf sehinggalah terbentuknya satu patah perkataan iaitu SAHABAT...

istilah sahabat dan kawan ialah dua patah perkataan yang hampir sama maksudnya, akan tetapi mempunyai dua makna yang berbeza secara praktikalnya :
pertamanya , mereka yang bergelar sebagai seorang kawan hanyalah berada bersama-sama kita ketika mana kita semua berada dalam keadaan senang dan gembira . Mereka hanyalah mahu menumpang dan mengharapkan kebahagiaan dari kita, akan tetapi bila mana kita semua di timpa suatu saat kesusahan yang telah ditakdirkan oleh Allah kepada kita, mereka ini yang di gelarkan sebagai kawan menghilangkan diri entah ke mana. Mereka semua lenyap bagaikan debu-debu yang di tiup oleh hembusan angin semilir.

bersambung...(penat weh..)

Saturday 10 September 2011

perkara-perkara HANTU bagi mahasiswa-mahasiswi malaysia

  • Lappy (Laptop)
    • depend kepada penggunaan kita, ia x semestinya akan menjadi HANTU stret, contohnya mase nak wat assignmen, nak lajar cara high class (kononnya) dll. jadi, ia hanya kan jadi hantu bilamana kita menggunakannya dengan berlebihan terutama untuk perkara2 yang lagha,
    • sbg contoh, Facebook, mungkin ia perkara baik, tapi kalau dah melampau penggunaannya tanpa ada sebarang tujuan khusus yang baik, ia dah menggugat SESUATU.


    • Handphone
      • basically, sama je mcm lappy, tapi perbezaanya kat sini ialah hp nie mudah dibawak, jadi kita akan sentiasa kadang2 msg, lagi-lagi for those who hatinya tengah berbunga, cuba bayangkan la, disaat kita masih lg sebagai mahasiswa, mesti hati kita nie penuh ngan keresahan terhadap pelbagai perkara terutamanya CINTA. 

     
      • console game
        • basically, ini boleh dikatakan sebagai gabungan kedua-dua diatas, cuma xde communication device. tapi penangannya memang hebat, manusia bleh addict ngan menda nie lebih terruk dari lappy n hp kadang-kadang.


        • katil
          • bila ada katil nie, jadi manusia especially mahasiswa liat sangat nak bangun, nak tidow pown liat kadang-kadang, ape la...

          • hang-out
            • yela, mmg manusia perlu kepada sosiality dalam kehidupan especially mahasiswa, "waktu tu xkan kembali lg beb" sesetengah oran kata. jadi kat sini, kita bercerita tentang masa, jika kita dah hang-out ngan kawan-kawan kita, maka, nak balik tu mmg la liat.

            sebenarnya banyak lagi, tapi ana tulis sampai sini je la dlu... yang nie pown dah berat untuk seseorang mahasiswa nak cegah or nak handle.

            jadi, secara konklusinya, haruslah kita mengenal pasti apakah HANTU yang ada pada kita supaya kita bleh jadi insan yang cemerlang untuk masa depan kita sendiri, MAKSUD ana, bkan xBLeH untuk BUAT semua itu, TAPI, biarlah dengan methodologi yang disahkan betol terhadap penggunaan HANTU-HANTU ini... huhu.. salam


            Ahlan Wasahlan Ela Torqul Abwab

            selamat datang ke dalam dunia yang mengetuk pintu hati setiap insan yang bergelar manusia di muka bumi Allah s.w.t