Thursday 6 October 2011

manusia sering melupakan nikmat ALLAH S.W.T

apa yang hendak saya coretkan kata-kata disini ialah berkenaan manusia hari ini yang secara realitinya yang ana perhatikan telah melupakan apa yang di gelarkan sebagai nikmat
apa yang hendak ana timbulkan perseoalan disini ialah apakah mereka sebenarnya faham akan makna sebenar apa yang dimaksudkan dengan nikmat itu..??
okey.. kita lihat satu per satu dari awal hingga akhir tentang perkara yang berlaku pada hari ini:

1. nikmat yang sering mereka lupakan ialah nikmat rezeki, tak bermaksud saya nak katakan disini mereka tak tahu apa itu nikmat rezeki. maksud saya ialah mereka melupakan nikmat rezeki tu itu sendiri.nikmat rezeki ni seperti makan,minum,pakaian dan keperluan asas yang lain yang telah Allah berikan kepada kita di dunia ini, okey, memang sebagai manusia kita kadang-kadang terfikir dengan hanya menggunakan logik akal semata-mata, maksud saya di sini ialah, ada sesetengah manusia berfikir yang tidak sepatutnya,iaitu sebagai contohnya mereka berfikir bahawa makanan, minuman dan pakaian semuanya itu adalah atas usaha mereka semata-mata dan tiada lansung ada kaitan dan hubunagn antara usahanya dengan Allah. pada dasarnya, bahawa semuanya ialah semuanya yang berlaku adalah kehendak Allah swt  kepada hambanya. oleh itu, kita mestilah melihat nikmat yang Allah bagi ini adalah dengan menggunakn pandangan iman dan bukannya dengan pandangan hawa nafsu. kita kenalah sedar dengan sesedar-sedarnya bahawa semua yang kita usahakan itu tak akan dapat apa-apa pun kalau Allah tak beri kepada kita semua nikmat-nikmatnya kepada kita. jadi, kita semua hendaklah sedar bahawa semua harta benda yang ada pada kita sekarang ini tak kan ada kalau Allah tak izinkan ia ada pada kita pada hari ini. oleh sebab itu, saya menyerulah kepada semua pembaca-pembaca tulisan saya ni, marilah sama-sama kita fikirkan semuala akan kesilapan-kesilapan kita mengenai nikmat yang Allah bagi kepada kita ini.jadi, bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih lagi di kurniakan nikmat ini.

2. yg keduanya yang ana ingin maklumkan di sini ialah mengenai manusia yang jarang sekali untuk cuba mensyukuri nikmat Allah yang kelihatan amt ringan untuk dilakukan akan tetapi berat untuk dilakukan bagi orang-orang seperti mereka ini. bukankah Allah telah memaklumkan dalam ayat-ayt sucinya yang telah diturunkan kepada nabi kita Muhammad saw mengenai sesungguhnya Allah akan menambah nikmat bagi seseorang itu jika ia mensyukuri nikmat yang diberi olehnya kpd manusia. akn tetapi memgenai orang yang kufur akan nikmat Allah juga telah dinyatakan dalam Al-Quran, Allah menyediakan untuk mereka azb yang amat pedih. jadi, kita mestilah sentiasa berusaha secara istiqamah untuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah didunia ini.

wassalam'alaik

2 comments:

  1. sememangnya manusia itu kdg2 trlupa mngenai nikmt Allah itu

    ReplyDelete
  2. hm btul tu.. semmgnya mnusia 2 pelupa.. dari prkataan al insan, mufradnya an nas.. mksudny pelupa.. klau slh, tlg perbtlkn, sbb ana pn pelupa.. wassalam.

    ReplyDelete